TAHUKAH DAN SEDARKAH ANDA? – INILAH AKIBATNYA APABILA ALAT SULIT LELAKI MENYENTUH ALAT SULIT WANITA

Like Page Kami Di Facebook!

Jom Share...

Ini bukan cerita lucah. Tapi tao nak share sikit pade korang, maklumlah sekarang nih rasenyer kes zina dan seks bebas berleluasa di malaysia nih cuma kita tak tau jer. Ade jer, cer korang pikir mungkin sewaktu korang baca nih pon mungkin ade yang sedang berzina di luar sana kita pon tak tau kan. Disini tao nak share kan sikit pasal Bila Alat Sulit Lelaki Menyentuh Alat Sulit Wanita.

Ramai yang tau bahawa zina itu haram, tapi tau tak korang selain itu ape risiko-risiko yang bakal korang hadapi dan akan korang bawak sampai mati???

Disini tao nak ceritakan pasal kisah dimana seorang gadis yang sentiasa bertukar teman lelaki dan sentiasa melakukan hubungan yang terlarang dengan setiap teman lelakinya.

Dan pada suatu hari dia telah terdengar radio dari dalam bilik ibunya yang memperdengarkan ceramah daripada seorang ustaz yang menyatakan “Apabila alat sulit lelaki menyentuh alat sulit wanita secara haram, maka diharamkannya masuk syurga selagi dia tidak bertaubat.”

Mendengar kata-kata ustaz tersebut, hati gadis ini begitu terkesan di dalamnya. Dan sekali lagi dia mendengar kata-kata ustaz itu lagi yang menyatakan bahawa “Jika alat sulit lelaki itu membenam dalam alat sulit wanita secara haram, maka tercabutlah semua amalannya…” Gadis itu begitu menyesal dengan perbuatannya dan ingin bertaubat kepada ALLAH.

Setelah gadis ini bertaubat dan ingin kembali ke pangkal jalan, satu peristiwa hitam telah terjadi kepadanya dan dia menghadapi dengan tabah. Dia di rogol oleh seorang lelaki yang tidak dikenali sewaktu hendak pulang dari kedai ke rumah. Akhirnya dia di hantar oleh ibubapanya ke Kem Modal Insan (KEWAJA).

Kepada korang yang baca post nih, terutama sekali buat perempuan jangan salah kan lelaki kalau tergoda dengan anda kalau angin tak bertiup masakan pula pokok bergoyang jangan la jadi macam post nih WOII KITAORANG TUTUP AURAT LA.. Pikir2 kan lah

Pada masa kini, penyimpangan dan masalah seksual, khusus di kalangan remaja semakin membimbangkan. Pergeseran kefahaman seperti dosa masing-masing tanggung, kubur masing masing jaga, membuatkan masalah dosa dan zina sesuatu yang mula dipandang remeh.

Penyimpangan seks, iaitu zina sesuatu yang amat keji dan mesti dihindari setiap Muslim sebagaimana firman Allah yang bermaksud:

“…dan janganlah kamu mendekati zina sesungguhnya zina itu perbuatan yang sangat keji dan satu jalan yang sangat buruk.”

Lihatlah agak-agak dimanakah silapnya? Alam remaja adalah alam yang sangat mencabar sehingga disebut nabi dalam satu senarai orang kenamaan akhirat adalah remaja yang terselamat dan menyelamatkan diri daripada zina. Fikir-fikirkanlah dan sesama kita berdoa semoga di jauhi zina….amin

21 Kesan & Bahaya Zina Kepada Manusia

Zina merupakan kejahatan yang sangat besar yang memberi kesan amat buruk kepada penzina itu sendiri, khususnya dan kepada seluruh umat.

Di zaman sekarang di mana banyaknya saluran dan media yang berusaha menyeret pada arah perbuatan keji ini, maka amat perlu untuk setiap orang mengetahui bahaya dan akibat buruk yang timbul dari dosa zina. Kita semua hendaklah lebih berhati-hati dan berwaspada agar tidak terjerumus, hatta, walaupun hanya mendekatinya.

Di antara akibat buruk dan bahaya tersebut adalah:

1. Dalam zina terkumpul bermacam-macam dosa dan keburukan yakni berkurangnya agama si penzina, hilangnya sikap wara’ (menjaga diri dari dosa), buruk kepribadian dan hilangnya rasa cemburu.

2. Zina membunuh rasa malu, padahal dalam Islam malu merupakan suatu hal yang amat diambil berat dan perhiasan yang sangat indah khasnya bagi wanita.

3. Menjadikan wajah pelakunya muram dan gelap.

4. Membuat hati menjadi gelap dan mematikan sinarnya.

5. Menjadikan pelakunya selalu dalam kemiskinan atau merasa demikian sehingga tidak pernah merasa cukup dengan apa yang diterimanya.

6. Akan menghilangkan kehormatan pelakunya dan jatuh martabatnya baik di hadapan Allah mahupun sesama manusia.

7. Allah akan mencampakkan sifat liar di hati penzina, sehingga pandangan matanya liar dan tidak terkawal.

8. Pezina akan dipandang oleh manusia dengan pandangan mual dan tidak percaya.

9. Zina mengeluarkan bau busuk yang mampu dihidu oleh orang-orang yang memiliki ‘qalbun salim’ (hati yang bersih) melalui mulut atau badannya.

10. Kesempitan hati dan dada selalu meliputi para pezina. Apa yang ia dapati dalam kehidupan ini adalah sebalik dari apa yang diingininya.

Ini adalah kerana, orang yang mencari kenikmatan hidup dengan cara bermaksiat kepada Allah maka Allah akan memberikan yang sebaliknya dari apa yang dia inginkan, dan Allah tidak menjadikan maksiat sebagai jalan untuk mendapatkan kebaikan dan kebahagiaan.

11. Penzina telah mengharamkan dirinya untuk mendapat bidadari yang jelita di syurga kelak.

12. Perzinaan menyeret kepada terputusnya hubungan silaturrahim, derhaka kepada orang tua, pekerjaan haram, berbuat zalim, serta menyia-nyiakan keluarga dan keturunan.

Bahkan boleh membawa kepada pertumpahan darah dan sihir serta dosa-dosa besar yang lain. Zina biasanya berkait dengan dosa dan maksiat yang lain sebelum atau bila berlakunya dan selepas itu biasanya akan melahirkan kemaksiatan yang lain pula.

13. Zina menghilangkan harga diri pelakunya dan merosakkan masa depannya di samping meninggalkan aib yang berpanjangan bukan sahaja kepada pelakunya malah kepada seluruh keluarganya.

14. Aib yang dicontengkan kepada pelaku zina lebih membekas dan mendalam daripada asakan akidah kafir, misalnya, kerana orang kafir yang memeluk Islam selesailah persoalannya.

Namun dosa zina akan benar-benar membekas dalam jiwa kerana walaupun akhirnya pelaku zina itu bertaubat dan membersihkan diri dia akan masih merasa berbeza dengan orang yang tidak pernah melakukannya.

15. Jika wanita yang berzina hamil dan untuk menutupi aibnya ia mengugurkan kandungannya itu maka dia telah berzina dan juga telah membunuh jiwa yang tidak berdosa.

Jika dia ialah seorang wanita yang telah bersuami dan melakukan kecurangan sehingga hamil dan membiarkan anak itu lahir maka dia telah memasukkan orang asing dalam keluarganya dan keluarga suaminya sehingga anak itu mendapat hak warisan mereka tanpa disedari siapa dia sebenarnya. Amat mengerikan, naudzubillah min dzalik.

16. Perzinaan akan melahirkan generasi individu-individu yang tidak ada asal keturunan (nasab). Di mata masyarakat mereka tidak memiliki status sosial yang jelas.

17. Pezina laki-laki berarti telah menodai kesucian dan kehormatan wanita.

18. Zina dapat menyemai permusuhan dan menyalakan api dendam antara keluarga wanita dengan lelaki yang telah berzina dengannya.

19. Perzinaan sangat mempengaruhi jiwa kaum keluarganya di mana mereka akan merasa jatuh martabat di mata masyarakat, sehingga kadang-kadang menyebabkan mereka tidak berani untuk mengangkat muka di hadapan orang lain.

20. Perzinaan menyebabkan menularnya penyakit-penyakit berbahaya seperti aids, siphilis, dan gonorhea atau kencing bernanah.

21. Perzinaan menjadikan sebab hancurnya suatu masyarakat yakni mereka semua akan dimusnahkan oleh Allah akibat dosa zina yang tersebar dan yang dilakukan secara terang-terangan.

Wallahualam. Semoga kita menjauhi perbuatan zina.


Lagi Heboh

Loading...